Sekolah Agama Rakyat Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Masjid Saidina Othman Ibnu Affan (SAR KAFA MSOIA) mula dibuka pada 1 November 2011 susulan daripada keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid Saidina Othman Ibnu Affan bertarikh 19 Mei 2010 untuk menubuhkan sebuah Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain di Masjid ini. Ahli Jawatankuasa Penaja telah dilantik yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tinggal di sekitar Taman Bukit Rangin dan Kampung Permatang Badak dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Biro Penghayatan Ilmu Al-Quran dan Sambutan Hari Kebesaran Islam masjid, Haji Mohd Salleh Bin Abdul Rahim bagi menubuhkan SAR KAFA ini.

Walau bagaimanapun, kelulusan daripada pihak JAIP hanya diperoleh pada 9 Januari 2012 dengan nombor pendaftaran KAFA JAIP/KS/279/11. Sehingga tahun 2014, SAR KAFA MSOIA menerima pendaftaran perngkat permulaan seramai 170 orang murid, bermula dari pelajar-pelajar  tahun 1 hingga tahun 5 dengan 6 buah kelas. 

Perjalanan SAR KAFA MSOIA ini dikemudi oleh 6 orang guru lantikan JAKIM dan seorang guru lantikan sekolah :

1. Ustazah Rohatizan binti Hj Jaafar -  Guru Besar/ setiausaha AJK Pengelola
2. Ustazah Nasuha binti Abd Halim
3. Ustazah Ruzaini binti Abdul Hamid
4. Usatzah Asmi binti Hj Ali
5. Ustazah Nurulbalqis binti Md Zin
6. Ustazah Inzzah binti Muhamad Zin
7. Ustazah Habibah binti Mohd Kassim ( Guru lantikan sekolah )


Ahli Jemaah Pengurusan terdiri Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli 11 Jawatankuasa lain.

Buat permulaan, operasi SAR KAFA MSOIA dijalankan di dalam perkarangan 
Masjid Saidina Othman Ibnu Affan sendiri. Namun, dengan berkat usaha Ahli Jemaah Pengurusan dengan bantuan para tenaga pengajar, kini SAR KAFA MSOIA telah mempunyai bangunan sekolah sendiri yang mula dibina pada bulan Jun 2014 dan siap pembinaanya dalam bulan November 2015 seperti dalam gambar di atas. Bangunan baru SAR KAFA ini telah digunakan mulai Februari 2016.