Latarbelakang
Sekolah Agama Rakyat Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Masjid Saidina Othman Ibnu Affan (SAR KAFA MSOIA) mula dibuka pada 1 November 2011 susulan daripada keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid Saidina Othman Ibnu Affan bertarikh 19 Mei 2010 untuk menubuhkan sebuah Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain di Masjid ini. Ahli Jawatankuasa Penaja telah dilantik yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tinggal di sekitar Taman Bukit Rangin dan Kampung Permatang Badak dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Biro Penghayatan Ilmu Al-Quran dan Sambutan Hari Kebesaran Islam masjid, Haji Mohd Salleh Bin Abdul Rahim bagi menubuhkan SAR KAFA ini.
Walau bagaimanapun, kelulusan daripada pihak JAIP hanya diperoleh pada 9 Januari 2012 dengan nombor pendaftaran KAFA JAIP/KS/279/11. Sehingga tahun 2014, SAR KAFA MSOIA menerima pendaftaran seramai 170 orang murid, bermula dari tahun 1 hingga tahun 5 dengan 6 buah kelas.
Perjalanan SAR KAFA MSOIA ini dikemudi oleh 6 orang guru lantikan JAKIM dan seorang guru lantikan Masjid Saidina Othman Ibnu Affan bersama Ahli Jemaah Pengurusan yang terdiri Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa lain.
Buat permulaan, operasi SAR KAFA MSOIA dijalankan di dalam perkarangan Masjid Saidina Othman Ibnu Affan sendiri. Namun, dengan berkat usaha Ahli Jemaah Pengurusan dengan bantuan para tenaga pengajar, kini SAR KAFA MSOIA telah mempunyai bangunan sekolah sendiri seperti dalam gambar di atas.
Subscribe to:
Comments (Atom)
